BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 19, 2009

Tengok Sini...! One Malaysia Kena Tipu Lagi.

Salam... Semoga sihat semuanya. Dah lama kan Naruto tak beraksi dalam blog ni. Maklumlah Naruto sibuk sikit dengan pelbagai misi-misi yang akan menggegarkan tidak lama lagi dengan pendedahan mengenai berbagai teori mengenai Mahkamah,pakatan Polis dan Kerajaan BN untuk menumbangkan dan melingkupkan Pakatan Rakyat, juga teori tentang kita telah kembali ke-era Mahazalim Mahathir dan tahukah anda bijaknya politik Auta Mahathir..?. serta satu pertanyaan adakah Najib atau Mahathir yang memerintah Malaysia sekarang.?

Yang tu harap bersabar semua,sebab masih ada point-point yang perlu disiapkan terlebih dahulu. Jangan dirisaukan sebab semuanya dalam perancangan Naruto untuk tatapan pembaca blog era Pasca ini . Harap-harap korang semua bersabarlah ye.

Untuk Isu di atas Naruto sendiri telah membuat research berkenaan janji PM Najib untuk membaiki hentian Puduraya dengan berkoskan RM 30 juta. Naruto dah selidik sendiri tiada apa perubahan langsung pun berkaitan pembaikpulih Puduraya. Nak lebih detail korang tengok lah gambar ni sendiri... Macam ni punya Projek UMNO dan BN menipu kita, kemana agaknya hilang duit 30 juta tu kan..? saksikan gambar di bawah.

Yang anda di kelentongkan...( Fantasi BN )

Ini lah tempat yang diubah suaikan dan dikecohkan oleh Media dulu. Memang cantik tapi berbaloikah kos nya.. Nanti kita masuk dalam ok..!


Memang selesa tetapi tak padan...takkan kosnya sampai RM 30 juta..?


Walaupun nampak cantik hakikatnya orang tak mahu guna pun. Ruangan menunggu yang jauh dari Platform bas . Siapa nak tunggu jauh dari Platform Bas..? Projek membazir dan menipu.

Yang paling banyak Naruto nampak poster apanamanyee..! kat belakang tu ..


Yang Pasti Ini Hakikat sebenarnya di Pudu Raya ( Realitinya )

Ha ha Ni kat depan sekali takkan rm 30 juta takleh baiki tempat buang sampah ni..?

Di Bahagian bawah hentian ini apa perubahan korang nampak..?


Sebelum ni kan ke macam ni juga Platform Bas ni.. Mana perubahannya Ooi One Malaysia.?


Sama saja kan lepas naik tangga kita akan lihat makin kuatnya corak penipu pemimpin BN.

Gerai makan tiada berubah pun. Masih lagi suram dan dikuasai Pendatang Asing yang berniaga.

Tempat menjual tiket pun macam tu lah takdenya berubah

Beza kan tempat menunggu tadi dan tempat kebiasaan orang ramai menunggu. Nak buat projek biarlah buat homework dulu bodoh punya pemimpin BN tau habiskan duit orang saja.

Oo .. Nak nampak tak menipu tambahlah TV di setiap platform lah ye.. Bagus punya otak ..! Lihat ketiga -tiga gambar dibawah ni pulak. RM 30juta ni pun takleh repair ke..?

Cukup uzur tak mendapat perhatian sebab bukan dalam skrip lakonan BN.

Suis kipas dan elektriknya Memang tak mendapat simpati BN walaupun uzur sudah tahap bahaya.

Salah satu keretakkan dibawah tangga yang dapat dikesan.. Hanguslah RM 30juta.

Nampak tak begitulah hidup kita di Malaysia. Selagi hanya media perdana yang jadi ikutan anda selamanyalah anda semua diperbodohkan dan didungukan. Kita akan sentiasa berada dialam fantasi BN sedangkan kita lupa ada satu tempat yang menjadi barah rasuah BN bertahun yang cuba ditutup oleh pimpinan BN. Jika BN itu betul ikhlas untuk rakyat kononlah kata si pemimpin haprak BN bertahun dulu.,kenapa tak disiapkan projek untuk rakyat yang dah berpuluh tahun terbengkalai seperti dibawah ini.? Jawab lah oi BN atau SPRM ..!

SPRM bila nak siasat projek ni kenapa tak siap-siap.. buta ke..? Takkan sebab Plaza ni untuk Rakyat jadi didiamkan saja, Sengalll punya SPRM..!


Naruto Sensei


Monday, October 5, 2009

Testing Power lah...

Khas Untuk Anda yang mengemari tulisan Naruto Sensei ..

Nantikanlah akan datang Blog Naruto untuk semua...