Salam... Semoga sihat semuanya. Dah lama kan Naruto tak beraksi dalam blog ni. Maklumlah Naruto sibuk sikit dengan pelbagai misi-misi yang akan menggegarkan tidak lama lagi dengan pendedahan mengenai berbagai teori mengenai Mahkamah,pakatan Polis dan Kerajaan BN untuk menumbangkan dan melingkupkan Pakatan Rakyat, juga teori tentang kita telah kembali ke-era Mahazalim Mahathir dan tahukah anda bijaknya politik Auta Mahathir..?. serta satu pertanyaan adakah Najib atau Mahathir yang memerintah Malaysia sekarang.?
Yang tu harap bersabar semua,sebab masih ada point-point yang perlu disiapkan terlebih dahulu. Jangan dirisaukan sebab semuanya dalam perancangan Naruto untuk tatapan pembaca blog era Pasca ini . Harap-harap korang semua bersabarlah ye.
Untuk Isu di atas Naruto sendiri telah membuat research berkenaan janji PM Najib untuk membaiki hentian Puduraya dengan berkoskan RM 30 juta. Naruto dah selidik sendiri tiada apa perubahan langsung pun berkaitan pembaikpulih Puduraya. Nak lebih detail korang tengok lah gambar ni sendiri... Macam ni punya Projek UMNO dan BN menipu kita, kemana agaknya hilang duit 30 juta tu kan..? saksikan gambar di bawah.
Sama saja kan lepas naik tangga kita akan lihat makin kuatnya corak penipu pemimpin BN.
Gerai makan tiada berubah pun. Masih lagi suram dan dikuasai Pendatang Asing yang berniaga.
Tempat menjual tiket pun macam tu lah takdenya berubah
Beza kan tempat menunggu tadi dan tempat kebiasaan orang ramai menunggu. Nak buat projek biarlah buat homework dulu bodoh punya pemimpin BN tau habiskan duit orang saja.
Salah satu keretakkan dibawah tangga yang dapat dikesan.. Hanguslah RM 30juta.
Naruto Sensei